Panduan Mudah Menggunakan BloGTK 2.0

Entri yang saya tulis sebelum in saya ada memperkenalkan dengan anda satu perisian yang disediakan kepada pengguna ubuntu untuk membuat artikel secara offline sebelum di publish ke blog anda. Perisian ini amat memudahkan blogger untuk menulis artikel tanpa perlu login ke laman blog mereka. Tanpa melengahkan masa mri kita berkenalan dengan fungsi dan cara menggunakan BloGTK 2.0 ini.

1. Pastikan anda telah install perisian BloGTK ini dalam komputer anda.

2. Untuk membuka BloGTKH anda klik Application > Internet > BloGTK 2.0

3. Selepas itu anda akan dipaparkan di bahagian antara muka utama ruangan kerja BloGTK 2.0 seperti berikut ;

Menu Utama ada tiga iaitu File, Edit , Help

Pada Menu Utama

  1. File :
  • New Post ( Untuk membuat artikel yang baru )
  • Edit Post ( Untuk memngubah artikel yang telah di tulis )
  • Delete Post ( Untuk Memadamkan post yang tidak diperlukan )
  • Work offline / online ( Untuk menetapkan sama ada anda membuat artikel secara online atau offline )
  • Quit ( Untuk keluar dari sistem )
  1. Edit
  • Edit setting ( Untuk setting blog dan menambah blog yang akan anda buat artikel – jika anda mempunayi lebih dari satu blog)
  1. Help
  • About ( link ke web bloGTK , Kredit – berkenaan dengan penulis , Lesen, Close

4. Sebelum anda membuat sebarang artikel dan publish ke laman blog anda anda haruslah menetapkan setting blog anda. Ikuti langkah berikut :

Sebelum itu anda harus enablekan dulu fungsi “XML-RPC” pada blog wordpress anda. Perhatikan rajah di bawah. Log in wordpress .. Klik Setting > Writing > klik untuk enable “XML-RPC”.

Selepas enable fungsi “XML-RPC” barulah anda boleh membuat setting dan posting pada blog anda. Untuk pengguna blogger tidak perlu.

  1. Pada bahagian Account Name anda boleh taipkan nama blog anda atau tajuk utama blog anda.
  2. Blog Address : masukkan URL atau domain name anda lihat contoh .
  3. Kemudian anda boleh klik ‘Autodetect setting” untuk memastikan domain anda betul.
  4. Pada bahagian Account Configuration . Masukkan url anda pada ruangan Endpoint. Pastikan domain name selepas url anda terdapat “/xmlrpc.php”.
  5. Masukkan Username blog anda .
  6. Masukkan Password.
  7. Blog ID : Biarakan default – tidak perlu diubah.
  8. Blogging Tool : Anda pilih Jika blog anda menggunakan wordperess anda pilih wordpress atau sebaliknya.
  9. Setelah menetapkan setting dan berpuas hati anda klik Accept Changes. Siap.
  10. Untuk menambah akaun blog anda anda hanya perlu klik butang “+”..

5. Membuat “New Post”. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik “New Post”. Ruangan kerja antara muka new post akan dipaparkan seperti di bawah :

Jika anda biasa menggunakan MS word atau Open Office Word, ia tiadak menjadi masalah kerana fungsi asasnya adalah sama seperti create new post, copy, paste, open file, cut dan sebagainya. Pada bahagian nama di sbelah kiri menunjukkan kategori yang terdapat dalam blog anda. Selepas artikel siap di taip anda hanya perlu tekan publish untuk membaut posting. Atau anda boleh memilih untuk “save as draft”. Sebelum publish anda juga meletakkan tag pada ruangan tag.

Jadi ini sahaja asas cara menggunakan bloGTK 2.0. Selamat mencuba. Tahniah jika anda berjaya membuat posting pertama anda menggunakan bloGTK 2.0.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Panduan Mudah Menggunakan BloGTK 2.0”

  1. TMUkmkd says:

    hurm.. kenapa aku tak suka guna benda ni.. rasanya sebab ada satu kekurangan. tapi aku tak ingat apa.. :|

  2. arman says:

    Harap suatu hari team BloGTK dapat memperbaiki kelemahan mereka dan memudahkan pengguna linux untuk menyediakan artikel w/pun offline. Dapat online jer.. cuma perlu publish. :|

Leave a Reply