Salam Sejahtera semua,
Terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang melawat blog saya. Ini merupakan post pembuka bicara sebelum saya menulis lebih banyak artikel yang boleh membantu anda dan diri saya.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan diri saya anda boleh klik butang “Kenali Saya”.
Disini saya akan memberi sedikit maklumat berkenaan dengan kandungan blog sebagai peringatan kepada diri saya supaya tidak tersasar daripada tujuan asal saya membina dan menulis dalam blog ini. Harapan saya ialah semoga suatu hari nanti blog ini akan menjadi blog rujukkan dan penuh dengan informasi.
Secara umumnya blog ini akan dimuatkan dengan maklumat berkaitan komputer dan internet dan perkara-perkara yang berkaitan. Oleh kerana blog ini merupakan blog peribadi, jadi isi kandungan yang akan di tulis akan berpandukan kepada pembacaan, pengetahuan, pengalaman dan daripada permerhatian yang dibuat oleh saya.
Bagi memeriahkan lagi blog ini anda digalakkan untuk meninggalkan komen dan pendapat bagi setiap post yang telah dibuat.
Sekiranya anda ingin menghubungi saya anda boleh klik butang “Hubungi Saya” dengan mengisi maklumat seperti yang terdapat pada borang hubungi saya. Hubungi saya jika anda ingin menghantar komen, ulasan, menghadapi masalah atau apa sahaja alasan anda boleh menghubungi saya.
Akhir kata, selamat melayari internet dan terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di laman blog saya.
You can leave a response, or trackback from your own site.










Posted in 






