Hari ini saya telah memasang bloGTK 2.0 kedalam komputer saya. bloGTK merupakan satu perisian yang digunakan untuk membuat artikel blog anda secara online dan offline tanpa perlu untuk login ke dalam akaun wordpress atau blogspot anda. Ia menyokong sistem weblog yang menggunakan wordpress, blogger, blogger 1.0, Drupal,Expression engine, Habari, LifeType,Melodi, Meta Weblog,Movable dan banyak lagi.
BloGTK merupakan perisian sumber terbuka dan ini bermakna ianya percuma untuk digunakan. BloGTK ini ditulis menggunakan Python dan PyGTK dan sangat pantas dan mudah untuk digunakan.
Ini adalah merupakan post percubaan pertama saya menggunakan BloGTK 2.0. Dan ini juga merupakan kali pertama saya menggunakannya selepas puas bertanya dengan Pak Cik Google kita yang sentiasa membantu.
Sekarang ini saya masih lagi pada peringkat pengujian menggunakan bloGTK. Sekiranya ia berfungsi dengan baik dan tiada ralat yang berlaku. Pada artikel seterusnya nanti saya akan menulis sedikit panduan menggunakan BloGTK 2.0.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan BloGTK ini di laman web mereka BloGTK 2.0.
Ini adalah untuk pengguna Ubuntu atau OS yang seangkatan dengannya tidak termasuk Windows. Belum cuba lagi menggunakan windows. harap adalah versi fail .exe untuk pengguna windows. Cuba tanya dengan Pak Cik google..
You can leave a response, or trackback from your own site.











Posted in
Tags: 







Assalamualaikum Tuan Rumah,
Salam perkenalan dari saya,
dari blog imotivasi.com terus singgah kemari.
jujur saya katakan blog ini menarik dan unik.
Boleh saya jadi kawan?
Boleh sumbang idea? (bila ada kelapangan)
http://fathuri.com/idea/rm10-menjadi-rm100/
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Salam kembali,
Jadi kawan , tiada masalah. terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni.
huh! ini untuk Ubuntu kan, boleh cuba ni. hehe
Betul tu. untuk ubuntu. Bagi pengguna windows anda boleh buat post artikel ke blog wordpress atau blogspot menggunakan MS Office word 2007. Caranya clik office button > Publish > Blog . Selamat mencuba.