Panduan Install Virtual Box 3.1 dalam Ubuntu 9.10

Sekiranya anda ingin mencuba atau menggunakan banyak operasi sistem dalam komputer anda, adalah lebih baik anda menggunakan Virtual Box. Dengan adanya Virtual Box anda boleh install seberapa banyak operasi sistem dalam komputer anda. Contohnya , anda menggunakan operasi sistem Ubuntu 9.10 dalam komputer anda. Dan anda ingin menggunakan operasi sistem lain seperti windows vista, windows 7, Fedora, Mint Linux dan sebagainya anda perlu memasang Virtual box dalam komputer anda. Tidak perlu buat dual boot atau multiple boot komputer anda.

Dengan adanya virtual box juga anda boleh menguji operasi sistem yang lain sebelum menggunakannya sebagai operasi sistem utama komputer anda. Sebagai contoh anda sekarang menggunakan Windows Xp dan ingin beralih menggunakan Ubuntu, Windows Vista atau Se7en anda boleh menguji OS ini dengan menggunakan Virtual box.

Tutorial ini adalah untuk pengguna Ubuntu. Walaupun contoh yang diberikan ialah menggunakan Ubuntu 9.10 tapi caranya lebih kurang sama dengan Ubuntu versi yang lain. Bagi pengguna windows boleh dapatkan fail instalasinya disini . Bagi pengguna windows anda hanya perlu klik dua kali fail .exe dan klik Next..Next..Next..Finish.

Mari kita mulakan …

Pertama sekali buka terminal :

Application > Accesories > Terminal..

Untuk membuaka fail sources.list ” /etc/apt/sources.list”. Taipkan atau copy and paste code dibawah.

sudo gedit /etc/apt/sources.list

Kemudian fail sources.list akan dipaparkan . Masukkankan repo virtual box di bawah . Anda boleh copy and paste code ini. Dan jangan lupa save.

deb http://download.virtualbox.org/virtualbox/debian karmic non-free

Kemudain tambahkan public key VirtualBox repository ke dalam sistem menggunakan terminal…

wget -q http://download.virtualbox.org/virtualbox/debian/sun_vbox.asc -O- | sudo apt-key add -

Setelah selesai kemaskini database package menggunakan code dibawah…

sudo aptitude update

Setelah selesai semua langkah di atas , anda boleh install Virtual Box 3.1 dengan menaip atau copy and paste sahaja code sudo di bawah :

sudo aptitude install virtualbox-3.1 dkms

Paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Tekan ‘enter’ untuk meneruskan instalasi.

Selepas itu skrin berikut akan dipaparkan. Tekan enter untuk memilih <Yes> ..

Tunggu dalam beberapa minit. VirtualBox berjaya di install dalam komputer anda.

Bagi memastikan Virtual box berjaya di install ikut langkah berikuit :

Klik Application > Sistem Tool > Sun Virtual Box.

Sekiranya anda mendapati tiada Sun Virtualbox. Apa yang perlu anda lakukan ialah log out atau restart komputer anda.

Tahniah anda berjaya install VirtualBox dalam komputer anda.

Untuk menggunakan Virtual Box ..

Klik Application > System Tool > Sun Virtual Box

Anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah . Anda perlu scroll untuk mengaktifkan butang I Agree.. dan Klik I agree untuk menggunakan VirtulBox.

Selepas itu anda akan dipaparkan skrin untuk log in member atau mendaftar sebagai pengguna virtualbox. Anda boleh pilih untuk mendaftar atau cancel sahaja.

Dan paparan seperti di bawah menunjukkan anda sudah boleh menggunakan VirtualBox anda.

Untuk intsall operasi sistem menggunakan VirtualBox anda boleh teruskan dengan mengklik butang “NEW”.

Baiklah setakat ini sahaja tutorial ini. Untuk cara menggunakan VirtualBox ini anda boleh “Try and Error” dulu.

Selamat Mencuba.

Jangan lupa tinggalkan komen anda di ruangan komen. Minta maaf jika bahasa yang digunakan kurang tepat dalam Bahasa Malaysia. Sesetengah istilah Bahasa Inggeris masih lagi dikekalkan nagi mengelakkan maknanya tidak tepat bila di alih bahasa ke Bahasa Malaysia.

delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply