Kenali Saya
Assalamualaikum dan salam perkenalan,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Bak kata pepatah “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Sebagai permulaannya, nama saya Arman Seman, berasal dari Kpg Tambirat, Samarahan , Sarawak. Lahir pada 6 April 1977 sekarang berumur 33 Tahun.
Latar Belakang Pendidikan.
Memulakan pendidikan awal di SK Tambirat ( 1984 – 1989 ), kemudian melanjutkan pelajaran di SMK Asajaya,Samarahan ( 1990 – 1994 : SPM ). Setelah itu melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di SMK DPHAG Stampin, Kuching ( 1995 – 1996 : STPM ). Setelah tamat pengajian di sekolah menengah saya telah ditawarkan tempat sebagai Guru Pelatih di Maktab Perguruan Sains Bintulu (MPSB) dalam pengajian Sains dan Kajian Tempatan ( 1997 – 2000 ).
Untuk pengetahuan, MPSB telah berpindah dari Bintulu Ke Samarahan pada Jun 1999. MPSB kemudiannya ditukarkan nama menjadi Maktab Perguruan Samarahan (MP Sam ). kini MPSB tidak lagi wujud di bumi Malaysia khususnya di Sarawak.Di situlah saya menghabiskan pengajian iaitu dari tahun 1999 – 2000. Sekarang ini nama Maktab Perguruan Samarahan telah ditukarkan nama menjadi Maktab Perguruan Tun Abdul Razak ( MPTAR). Melanjutkan pengajian di Open University Malaysia ( OUM ) dari bulan Mei 2005 hingga Mei 2009. Mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian ( PJJ – Pendidikan Jarak Jauh ).
Latar Belakang Pekerjaan.
Pada tarikh 20 oktober 2000 bermulalah kehidupan saya sebagai seorang guru. Saya telah di tempatkan di SK Nanga Tiau,Kapit sarawak untuk penempatan pertama. Saya mengajar di sana dari tahun 2000 – 2004. Kemudian berpindah ke SK Lepong Menuan, Kapit pada Januari 2005. Saya mengajar di SK Lepong Menuan hingga sekarang.
Anda digalakkan meninggalkan komen tentang blog atau artikel yang telah ditulis dalam blog ini. Ia bertujuan untuk menambahbaikkan dan memperbaiki kelemahan supaya saya dapat memberi yang terbaik untuk pembaca blog ini.
Akhir kata dari saya, terima kasih sekali lagi kerana melawat blog saya. Dan doakan kejayaan saya, Insyaallah.
Dari pemilik blog,


















